Belum sempat duduk lama setelah kembali ke rumah petang tadi, telefon tangan saya berbunyi. Dari nada dering yang kedengaran, saya sudah mengetahui panggilan itu datangnya dari salah sebuah perlindungan yang pernah saya kunjungi. Dan seperti yang saya duga, panggilan itu datangnya dari Kak Ana, yang menjaga rumah perlindungan di mana pernah saya menghantar Anita dan anaknya serta Sharifah dan Cek Mek ku yang comel.
Tenang saja suara Kak Ana ketika itu, menceritakan perihal Anita yang telah ke negeri asalnya di selatan tanahair untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya. Menurut Kak Ana, setelah 3 minggu di sana, Anita telah membuat keputusan untuk tinggal terus dengan kakaknya di sana. Dari satu segi, syukur alhamdulillah Anita akan tinggal semula bersama keluarganya. Namun mengapa sebelum ini Anita tidak mahu tinggal di sana? Dan mengapa sebelum ini kakaknya pernah memberitahu bahawa beliau tidak mampu untuk menanggung Anita?
Kak Ana telah mencadangkan kepada Anita agar pulang dahulu semula ke rumah perlindungan untuk menyelesaikan segala urusan surat-menyurat dan temujanji hospital. Kak Ana juga telah mencadangkan kepada Anita agar menelefon dan membincangkan soal ini dengan saya terlebih dahulu. Seperti lazimnya, oleh kerana saya yang menghantar Anita dan anakknya ke situ, Kak Ana akan memberitahu saya terlebih dahulu sekiranya terdapat apa-apa perkembangan, sama ada menyenangkan atau tidak. Sekurang-kurangnya jika Anita menelefon saya kemudian, saya sudahpun mengetahui sedikit-sebanyak latarbelakang cerita.
Setelah menunaikan solat asar, saya dapati telefon tangan saya menyalakan lampu merah – bererti terdapat panggilan yang tidak dijawab. Terdapat 2 panggilan dari Kak Ana dan satu panggilan dari nombor yang tidak saya kenali. Dan satu SMS dari nombor yang sama meminta saya menelefon kembali. Walaupun nama tidak disebut, saya dapat mengagak panggilan tersebut dari Anita.
Berkali-kali saya mencuba untuk menelefon nombor berkenaan, namun panggilan terus disambung ke peti suara (dan saya tidak suka bercakap dengan mesin!). Akhirnya saya hanya menghantar mesej mengatakan bahawa saya telah cuba menelefon tetapi tidak berjaya.
Lalu saya terus menelefon Kak Ana. Apa yang nyata, suara Kak Ana tidak lagi setenang panggilan yang awal tadi.
Rupanya entah apa yang diceritakan oleh Anita kepada kakaknya sehingga kakaknya terus menelefon Kak Ana bukan sekadar untuk memarahi, malah memaki-hamun Kak Ana sehingga pada satu ketika mengibaratkan Kak Ana seperti lembu dan kemudian mengibaratkan Kak Ana seperti syaitan bertopengkan manusia. Entah apa juga diceritakan oleh Anita kepada kakaknya sehingga kakaknya mengugut untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Kak Ana kerana enggan menyerahkan dokumen-dokumen Anita dan anaknya.
Aik? Bila masa pula Kak Ana enggan menyerahkan dokumen-dokumen tersebut? Kak Ana cuma meminta Anita untuk kembali dahulu ke rumah perlindungan untuk menyelesaikan dahulu segala urusan surat-menyurat dan temujanji hospital. Akhirnya Kak Ana memberitahu Anita bahawa oleh kerana saya yang membawa Anita ke rumah perlindungan itu, maka beliau akan menyerahkan segala dokumen kepada saya dan Anita perlu mengambilnya dari saya.
Setelah bercakap dengan Kak Ana, saya cuba menelefon Anita sekali lagi. Kali ini panggilan dijawab. Sedikitpun tidak saya sebut mengenai apa yang telah diceritakan oleh Kak Ana kepada saya. Walaupun saya mempercayai Kak Ana, namun saya ingin mendengar versi cerita Anita.
Tidak banyak diceritakan Anita. Dia cuma menyebut bahawa dia telah berpindah semula ke negeri asalnya dan ingin mengambil semula dokumen-dokumen yang disimpan di tempat Kak Ana. Anita meminta bantuan saya untuk mengirimkan dokumen-dokumen berkenaan kepadanya.
Tidak lama kemudian, Kak Ana menelefon saya sekali lagi. Kali ini teresak-esak menangis. Rupanya seorang lagi kakak Anita pula menelefon untuk memaki-hamun Kak Ana. Oleh kerana tidak lagi dapat menahan geram, Kak Ana mengambil keputusan untuk menghantar dokumen-dokumen Anita kepada saya hari ini juga. Saya cuba menasihatkan Kak Ana agar tidak tergesa-gesa. Saya ingin mencadangkan kepadanya agar mengambil wudu’ dan bertenang dahulu sebelum mengambil apa-apa keputusan, namun Kak Ana ketika itu sudahpun di dalam perjalanan ke Ipoh semata-mata untuk menyerahkan dokumen-dokumen tersebut kepada saya malam ini juga!
Kesian Kak Ana. Silapnya hanyalah kerana dia terlalu mengambil berat. Walaupun Anita pernah berkasar dengannya sebelum ini di rumah berkenaan, Kak Ana terus melindungi dan membimbingnya. Namun ini pula balasan yang diterima.
Dan Anita pula? Apa yang saya nampak, Anita inginkan kebebasan. Dan kehidupan di rumah perlindungan tersebut baginya terlalu mengongkong. Dia inginkan tempat untuk berlindung dan pada masa yang sama dia ingin kebebasan untuk keluar masuk sesuka hatinya. BANYAK CANTIK LU PUNYA MUKA! Entah berapa lama pula dia akan tahan untuk tinggal di rumah kakaknya sebelum berpindah pula ke tempat lain. Benar-benar tidak mengenang budi!
Saya pasti Kak Ana menolong selama ini bukan untuk dikenang budinya. Namun bukanlah juga maki-hamun yang dijangka.
Sabarlah Kak Ana. Kita telah mencuba. Mungkin kita gagal membimbing Anita, tapi ramai lagi insan di luar sana yang masih memerlukan bantuan kita. Janganlah satu kegagalan ini melemahkan semangat kita.
Teruskanlah perjuangan Kak Ana untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan dan bimbingan…
16 comments:
Memang bagai kacang lupakan kulit! Orang bagi perlindungan tapi dibalas dgn maki hamun. Betul cakap kak Pi, kalau perangai mcm si anita ni, tak lama sebelum kakak2 dia sendiri meluat.
What goes around comes around... Sama sama lah kita tunggu dan lihat.
For Kak Ana,.. I guess it's good riddance ;)
Pi n Kak Ana,
Beginilah bila kita bantu golongan bebal dan miskin pula. Aduhai bangsa kita, bila lah nak tahu melihat luar dari tempurung? I faham sangat apa yg dilalui oleh both of you becoz I tried to help these simple folks b4. Susah....bukan susah nak bagi isi perut dia ...yg susah nak bagi isi otak mereka.....apa2 pun, bersabarlah, Allah Maha Mengetahui.
dear pi,
kesian kak ana! what ingrates, esp anita.
but as naz said, sama2 kita tengok. anita and her sisters sure nanti find out that karma is a bigger bitch then them. :D
p.s. padanlah you fedap tahap givap semalam.
Aunty Pi,
Hmmmm...someone's been taking lessons from Mrs Azmi too over here? Sungguh formal bahasanya.
Anyway, what to do lor? Orang tak suka takkan kita nak paksa? Dunia itu bulat... purrr...meow!
Whats happening yea..samapi maki hamun Kak Ana.
Kesian.
I hope Anita akan sedar nanti the huge mistake she made in running to her kakak2. Orang ni semua ada family masing2..they will not be able to help her for long.
Kerp,
Lantak pi dialah. We all dah cuba dan dah bagi peluang. Dah dia lebih suka dengan cara hidup dia, nak buek camno.
Naz,
I dah maleh nak ambik tau dah. 10 dia cakap, 11 I tak leh percaya...
K.Intan,
Kalau sekadar tak nak berterima kasih tu tak pe lah, tapi yang I tak paham tu kenapa perlu nak maki hamun Kak Ana. Nak pindah dok balik dengan kakak, cakap & bincang je lah baik-baik. Bukannya Kak Ana ada hak nak tahan dia pun... dia dah besar panjang!
Mekyam,
If you're talking about my 'quit' status, it had nothing to do with Anita. More to do with my future plans... ;)
CiS,
Saya sedang berlatih ni...
Dunia ni bulat eh? Ingatkan flat...
Mamasita,
Tak tau apa ada dalam kepala otak Anita. Dulu dia sendiri yang lari dari rumah kakaknya (kakak yang lainlah), Kak Ana lah yang offer bagi tempat. La ni dia dah fed up dok terkongkong kat situ, dia nak pindah ke rumah kakaknya yang lain dan burukkan Kak Ana pulak. And based on bahasa kakaknya bercakap dengan Kak Ana, and based on perangai Anita sendiri masa kat rumah Kak Ana, I bet tak lama lagi berantakan le lagi dengan adik-beradiknya...
Wei Pi, kenapa la u kasi gua susah. Tapi kiranya best jugak lah, Tommy dapat brush up gua punya bahasa. Walaupun cerita ni panjang, gua ada faham sikit2 lah maksudnya. Kalau u tanya I, saya kata biar lah saja, treat this as a bad experience & move on…kekeke. Fail? From C4 dulu to F9 now :((
Yes, such is life; people like this do walk among us. There’s only so much u can do! Take it easy & don’t overstress yourself.
Salam,
Tommy
P/S – I like new words like ‘fedap/givap’ hmmm. Now u don’t go ‘BANYAK CANTIK LU PUNYA MUKA’ to me, ok? Nanti gua merajuk, sulking big time!
Tommy,
Kasi chan lah sekali-sekala I want to speak Melayu! You still understood the story whaaat!
Am not overstressed lah, bukan I yang kena bambu, but poor Kak Ana.
p/s
OK, I won't say banyak cantik to you. I'd say LU INGAT LU PUNYA MUKA BANYAK HENSEM KA? ;)
Kesian Kak Ana tak pasal2 pulak kena maki hamun. Kakak2 si Anita tu pun sounded like Anita jugak. After all that she'd done before, takkan diorang tak tau perangai Anita? And im sure they know minah tu penipu and perangai macam sial.
I give the sister the most 1 mth before Anita gatal p*ki nak keluar/masuk rumah macam hotel.
Farina,
I think the whole family memang jenis porak-peranda. Cakap kasar to them is nothing. So yes, I too think Anita takkan tahan lama sangat dok rumah sister yang ni. Next move... entah, maybe move in dengan boyfriend kot...
Post a Comment