THEY WILL ASK thee as to what they should spend on others. Say: "Whatever of your wealth you spend shall [first] be for your parents, and for the near of kin, and the orphans, and the needy, and the wayfarer; and whatever good you do, verily, God has full knowledge thereof." - Al-Baqarah (2:215)

Tuesday, 7 September 2010

Seloka Hari Raya Buat Sahabat Semua

Pi Bani menunggang unta
Namun hanya mimpinya cuma
Ramadhan kini meninggalkan kita
Tiba masanya Syawal menjelma

Ayak tepung nak buat biskut
Dimakan nanti di hari raya
Balik kampung jangan memecut
Berhati-hati di jalanraya

Pergi pekan naik landrover
Berbaju raya berbunga-bunga
Beraya sakan janganlah over
Lepas raya nanti ternganga

Makan mihun ditambah lada
Dah tambah lada pedas terasa
Sepanjang tahun bergurau senda
Mungkin ada terkasar bahasa

Ayah bonda nun di desa
Tetap di hati walau jauh di mata
Andai ada terkasar bahasa
Setulus hati maaf dipinta

Pakai kebaya naik lori
Beli daun palas di pasar tani
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan ikhlas dari Pi Bani


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SEMOGA BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA. AMPUN MAAF DIPINTA DARI HUJUNG UBAN SAMPAI KE HUJUNG KAKI...

p/s
Bersopan santun berkain belah
Dah baca pantun balas-balaslah...

18 comments:

Cat-in-Sydney said...

Angkut pisang naik kenari
EID MUBARAK Aunty Pi!!!!!

purrr....meow!

mekyam said...

salah silap, saya sori.
selamat hari raya, pi!

Wan Sharif said...

Wah rancaknya beroantun
Ayoh Wang tumpang berpantun
Enam kerat pun enam keratlah

Buat laksam ditengah hari
Untuk jamuan berbuka puasa
Sedapnya makan tercalit di pipi
Sambil menyusun sepuluh jari
Memohon kemaafan segala dosa
Selamat Hari Raya Puan Pi

Anonymous said...

Kebaya modern, kebaya ketat
Favorite kuih raya saya, kuih tat!

Raf (from Singapore)

Pi Bani said...

CiS:
Riang ria makan beriani
Selamat beraya kucing di Sydney!

Mekyam:
Main meriam, tertusuk kayu
Thanks Mekyam, same to you!

Ayoh Wang:
Kalau ada baju yang koyak
Jangan disimpan dalam almari
Salam raya, eid mubarak
Mohon kemaafan di aidil fitri

Raf:
Baju ketat kain berbelang
Kuih tat dah habih sebalang!

Tommy Yewfigure said...

Selamat Hari Raya Pi
Main mercun ok, tapi jaga api
Terima kasih to you
Best Wishes from Tommy Yew

not too clever huh.
idea was there, cukup lah :)

Pi Bani said...

Pergi menonton, cerita Sembilu
Tommy oso pantun, wa cakap lu!!

Thanks Tommy, nanti I eat lemang and rendang for you ok? ;)

Naz said...

Naik lori pakai kebaya,
Kainnya ketat, kasutnya tinggi,
Buat apa nak menyiksa diri, Kak Pi,
Jom kita pi KFC!

err...sini tak dak KFC dan kalau ada pun, tak halal... ok satu verse lagi...

Takbir bergema di pagi hari
Sayu di hati kami di sini
Salah dan silap harap dimaafi
Tahun depan i balik, jom coffee!

Pi Bani said...

Naz,
Sebulan sudah, Ramadhan berlalu
Di hari raya, maaf memaafi
Dua kali dah, gua miss jumpa lu
Next year, must have more than coffee!

Naz said...

Bulan madu di atas pelangi
Tunggu setahun belanga melayang
Apalah nasib tak jumpa jumpa lagi
Tak pa tak pa ... akan ku cari Kak Pi ku sayang! :)

Kak Ezza@makcik blogger said...

makan ketupat terasa kelat
makan bersama ayam liat
'raya raya jugak,
tak dak ka sampul untuk akak....

Pi Bani said...

Naz:
Pergi berkelah naik sampan,
InsyaAllah jumpa tahun depan.


K.Ezza:
Tersenyum simpul menjeling manja
Manis wajahnya berseri-seri
Nak sampul boleh saja
Tapi isinya letak sendiri
:D

Anonymous said...

Salam,

Tuai padi antara masak
Esok Jangan layu layuan
Intai laila (tul qadar) antara nampak
Esok jangan sesal sesalan

Pi Bani said...

Anon: (awat tak letak nama?)
Wa'alaikum salam.

Mak Bedah berangan nak kurus
Bersenam berlapar sanggup semua
Kekalkan ibadah terus menerus
InsyaAllah dengan Laila (tul qadar) bertemu jua

ninotaziz said...

Udang galah di tangguk Che Zaitun
Burung pungguk mengadap bulan
Tumpang semangkuk pantun memantun
Dari jauh dapat seruan

Burung pipit turun melayang
Singgah di kali di petang hari
Ingatlah orang tersayang
Balik beraya berhati-hati

Di jalanraya...

Pi Bani said...

Ninotaziz:
Pergi berkelah satu platun
Terima kasihlah sudi berpantun.

White Melur said...

Salam Syawal,
Hope your Raya has been meaningful, with the meaning and hope you've brought into the lives of others:)

Pi Bani said...

White Melur:
Thank you. Alhamdulillah, Raya was great. Adik-beradik, anak-anak sedara semua berkumpul.